Pelabur berwaspada terhadap dagangan emas di awal minggu ini yang bergerak lebih perlahan berbanding minggu lalu sementara perkembangan krisis perang Rusia-Ukraine kekal dipantau.
Masih meletakkan harapan untuk melihat emas melonjak lagi, pelabur optimis harga emas mampu mencapai semula paras ketinggian yang dicapai minggu lalu pada $1,974.00 selepas menyaksikan penurunan kembali di penghujung minggu.
Namun agak sukar untuk menjangkakan lonjakan emas buat waktu ini ekoran perkembangan rundingan antara Rusia dan Ukraine sedikit meredakan ketegangan perang yang tercetus sebelum ini.
Namun, risiko tetap menyelubungi pasaran dan turut membendung kejatuhan harga emas dari bawah paras $1,900.00. Malah terdapat jangkaan untuk emas capai sehingga paras $2,000.00 sekiranya peperangan kembali hangat semula.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat berlegar di atas paras 1900.00 sementara menantikan isyarat lebih jelas untuk pergerakan selanjutnya.
Penganalisis masih melihat harga emas bergerak dalam trend bullish, namun berlaku pembetulan harga dengan jangkaan kenaikan harga bersambung semula pada minggu ini.
Kenaikan harga bakal dijangkakan berlaku sekiranya krisis perang kembali hangat dan boleh meningkatkan harga emas ke paras ketinggian yang dicapai seperti minggu lalu semula.
Melepasi paras ketinggian pada 1974.00 seterusnya akan mensasarkan harga emas untuk menuju paras 2000.00 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Ogos 2020.
Sebaliknya jika harga emas kecundang alami penurunan lebih rendah di bawah paras 1900.00, zon RBS (resistance become support) pada 1870.00 akan menanti penurunan harga dan reaksi harga pada zon tersebut akan menjadi tumpuan pelabur.
Jika isyarat penurunan harga akan diteruskan, sasaran seterusnya akan terarah pula kepada zon 1850.00 dan 1830.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG