Pergerakan harga komoditi emas masih dilihat mendatar pada pembukaan dagangan awal minggu ini dengan sentimen pasaran yang tak menentu menambah kewaspadaan para pelabur.
Mempengaruhi pergerakan korelasi bersama emas, US dolar menyusut pada sesi awal pembukaan Isnin semalam ketika pelabur menilai pemulihan pada sentimen pasaran ekoran musim laporan pendapatan korporat yang telah bermula.
Namun, tetap pelabur berhati-hati berikutan faktor-faktor seperti kehangatan semula perang Rusia-Ukraine dan perkembangan Covid-19 di China boleh meningkatkan semula risiko dalam pasaran.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat memaparkan corak kenaikan di sesi Asia dan Eropah semalam sehingga mencapai paras ketinggian 1668.00.
Namun, ketika menutup dagangan sesi New York, harga emas mula susut semula ke paras 1647.00 dan kembali memberi isyarat bearish apabila harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Menyambung dagangan pada Selasa, harga pamerkan kenaikan di sesi Asia dari paras 1650.00 ke paras sekitar 1660.00, namun corak tersebut gagal diteruskan pada awal sesi Eropah apabila harga susut semula.
Pelabur kekal waspada memerhatikan pergerakan mendatar emas bersambung di minggu ini sementara sebarang perubahan pada sentimen pasaran akan menjadi penentu arah harga.
Untuk jangkaan kenaikan harga emas, paras rintangan pada 1680.00 akan menjadi tumpuan bakal diuji harga selepas zon tersebut menjadi penghalang kenaikan minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menuju zon 1700.00 sebelum rintangan pada 1720.00 akan dicabar harga lagi.
Sebaliknya jika corak penurunan harga yang dipaparkan minggu ini, paras 1640.00 pada zon RBS (resistance become support) akan menjadi sokongan awal yang bakal diuji harga.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan melepasi zon tersebut seterusnya dijangka untuk mencecah zon support 1615.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG