Positif buat dagangan emas pada Khamis semalam apabila harga masih meningkat lagi sementara tumpuan pelabur akan terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi yang dijangka turut pengaruhi nilai emas dalam pasaran.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya meningkat pada sesi New York semalam sehingga mencapai paras sasaran pada 1950.00.
Namun paras tersebut menjadi rintangan buat harga selepas penurunan dilihat berlaku sebaik sahaja harga menyentuh paras ketinggian tersebut.
Penurunan harga emas bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat) menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang diteliti pelabur untuk petunjuk bagi pergerakan selanjutnya.
Sekiranya corak kenaikan harga masih mampu dikekalkan, kenaikan harga boleh berlaku semula dan harga akan sekali lagi menguji rintangan pada 1950.00.
Berjaya melepasi rintangan tersebut seterusnya akan mendorong harga meningkat lebih tinggi menguji pula zon SBR (support become resistance) pada 1970.00 sebelum sasaran pada kenaikan seterusnya adalah pada 2000.00.
Waspada sekiranya harga emas mula menjunam semula pada sesi New York berkemungkinan reaksi awal harga terhadap laporan NFP.
Penurunan harga dilihat akan kembali menguji paras support pada 1900.00 yang masih berjaya membendung aksi penurunan untuk beberapa minggu ini.
Sekiranya zon tersebut ditembusi, harga emas dijangkakan untuk mencatat paras terendah terbaru 5 minggu dengan tumpuan awal untuk diuji adalah pada zon 1870.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG