Resah pelabur sedikit mereda apabila harga emas kembali meningkat semula di sesi Eropah semalam setelah pada sesi sebelumnya memulakan dagangan pembukaan awal minggu dengan kejatuhan nilai.
US dolar yang pada mulanya menyambung pengukuhan di sesi Asia setelah petunjuk hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Jackson Hole minggu lalu, kembali paparkan penyusutan semula di sesi Eropah dan New York.
Justeru, situasi ini telah kembali memberi ruang semula untuk emas kembali catatkan peningkatan semula.
Walaupun US dolar berkemungkinan dijangka menyusut sementara dengan faktor aktiviti profit-taking serta kewaspadaan pelabur menjelang laporan NFP AS di penghujung minggu, namun penganalisis memberi amaran bahawa US dolar boleh kembali mengukuh semula pada bila-bila masa.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mencatatkan penurunan sehingga ke paras 1720.00 melepasi paras terendah pada minggu lalu sekitar 1728.00.
Berlaku lonjakan semula harga emas di sesi Eropah bersambung ke sesi New York dengan paras ketinggian harian dicapai sekitar 1745.00.
Jika diperhatikan, kenaikan tersebut gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menunjukkan trend harga belum lagi berubah. Justeru, kenaikan yang berlaku berkemungkinan sekadar corak pembetulan harga.
Pergerakan harga yang bersambung pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Selasa) juga dilihat masih terhalang oleh halangan MA50 dengan mempamerkan corak penurunan yang perlahan.
Sekiranya harga membuat penurunan, paras sokongan harga pada zon 1720.00 akan menjadi tumpuan sekali lagi dan reaksi harga di kawasan tersebut akan diteliti pelabur.
Sekiranya harga susut lebih rendah menembusi zon itu, harga emas bakal jatuh lebih parah dengan jangkaan boleh menuju ke sekitar 1700.00 atau mencecah sehingga zon 1680.00.
Sebaliknya jika kenaikan harga mula melepasi halangan MA50, isyarat awal untuk pergerakan trend bullish bakal mendorong harga menuju ke zon 1760.00 semula, iaitu zon rintangan harga minggu lalu.
Jika melepasinya, pelabur akan mensasarkan semula harga emas untuk mencapai paras 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG