Selepas bergerak mendatar pada dagangan Selasa lalu, emas meneruskan lagi penurunan pada Rabu semalam ke paras terendah sejak penghujung Februari lalu.
Komoditi emas buat waktu ini dilihat masih bergelut untuk mencari rentak pengukuhan sementara turut menerima tekanan oleh dominasi US dolar dalam pasaran semasa.
Penganalisis melihat situasi ini akan berterusan bersambung pada minggu berikutnya dengan tumpuan utama akan terarah kepada mesyuarat FOMC setelah petunjuk untuk kenaikan kadar faedah agresif oleh Federal Reserve (Fed).
Sentimen pasaran yang masih berisiko tetap gagal untuk meningkatkan tarikan pelabur terhadap aset safe-haven emas sejak minggu lalu lagi.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga hampir berjaya menyentuh paras ketinggian 2000.00 pada awal minggu lalu, namun harga telah paparkan corak penurunan semula sehingga bersambung ke minggu ini.
Penurunan harga emas di awal minggu ini menuju ke paras tumpuan 1900.00 sebelum harga ‘berehat’ seketika di zon tersebut.
Penurunan diteruskan lagi semalam sehingga ke hari ini (Khamis) berlegar di sekitar zon 1870.00, zon yang turut menjadi tumpuan penganalisis komoditi sebelum ini.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju sehingga ke paras sekitar 1830.00 pula sekiranya harga menyambung penurunan di bawah zon 1870.00.
Namun jika harga emas mula melonjak semula, rintangan awal yang akan menjadi tumpuan pada kenaikan harga adalah pada 1900.00.
Untuk perubahan trend bullish yang lebih jelas, kenaikan harga akan dijangkakan kembali semula menuju sehingga ke paras sekitar 1950.00 sebelum mensasarkan ke paras ketinggian 2000.00 untuk kenaikan selanjutnya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG