Dagangan emas kembali tersungkur pada penutup dagangan minggu lalu apabila gagal mengekalkan corak pendakian harga sebelumnya.
Pada awal minggu yang lalu, emas berjaya pamerkan peningkatan nilai dalam pasaran susulan faktor penyusutan US dolar yang ketara.
Namun, pengukuhan semula US dolar di penghujung minggu telah memudarkan harapan pelabur unutk menyaksikan emas terus bersinar menuju paras lebih tinggi.
Ini dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan kenaikan telah mencapai ketinggian sekitar 1674.50 sebelum harga menjunam semula pada Jumaat lalu mencecah kembali paras tumpuan 1640.00.
Turut memberi isyarat negatif untuk pergerakan harga emas itu apabila harga dilihat telah mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut untuk petunjuk awal perubahan trend bearish.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Isnin, harga kekal perlahan mendatar di atas paras 1640.00 sebelum mula melihatkan penurunan harga di awal sesi Eropah.
Penurunan harga jika dilanjutkan dijangka untuk menuju ke zon support pada 1620.00 yang telah dicecah pada 21 Oktober lalu.
Melepasi zon tersebut akan mendorong harga susut ke sekitar 1600.00 untuk menguji zon penting itu.
Sementara, untuk jangkaan bagi pergerakan menaik harga emas semula, halangan MA50 akan menjadi rintangan awal yang bakal diuji.
Melepasi rintangan itu menjangkakan paras ketinggian minggu lalu pada 1674.500 akan dicabar sebelum harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.
Seterusnya, paras rintangan pada 1680.00 pula akan menjadi sasaran selepas corak kenaikan harga masih berjaya diteruskan lagi.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG