Mary Elizabeth Truss (Liz Truss) menjadi wanita ketiga berkhidmat sebagai Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang dipercayai bakal memperkembangkan pasaran mata wang kripto demi memacu aset digital di negaranya.
Truss dijangkakan akan membuat pembaharuan terhadap pemotongan cukai, krisis tenaga dan isu jangka panjang lain bagi pertumbuhan ekonomi UK.
Liz Truss sejak beberapa tahun kebelakangan ini lagi pernah menyatakan beberapa pandangan yang positif terhadap sektor kripto yang dilihat boleh menjadi pemacu kemajuan ekonomi di masa hadapan.
Buktinya, Truss pernah membuat kenyataan positif tentang mata wang kripto dalam tweetnya pada 2018 dengan menyatakan penggunaan mata wang kripto seharusnya ditingkatkan lagi melalui dasar yang tidak mengekang pelabur.
Malah, Truss memberi cadangan untuk menghapuskan peraturan yang menyekat pelaburan kripto tetapi buat masa ini pelabur harus menunggu pendirian terbarunya dengan harapan sesuatu yang positif akan muncul pada masa terdekat.
Hal ini kerana, beliau perlu bertanggungjawab bagi memenuhi harapan rakyatnya dan mewakili negara di forum global serta cabaran-cabaran lain yang perlu dilalui.
Menurut Seinberg, pemilihan Truss untuk mewakili UK berkemungkinan akan meningkatkan agenda kerajaan untuk aset digital, bahkan beliau mungkin berada di barisan hadapan dan muncul sebagai suara baharu perbincangan tentang kripto di peringkat global serta menjadikan UK sebuah negara G-20 yang terkemuka.
Secara lazimnya, negara UK mungkin akan muncul sebagai ibu negara kripto Web3.0 jika Truss mempunyai visi yang teguh dan mempercepatkan tindakannya dalam memperluaskan pasaran kripto.