Sentime risiko yang kembali meningkat telah mendorong pengukuhan Euro dan penyusutan US dolar di mana pengukuhan US dolar bernasur-ansur memudar pada hari Isnin selepas Kremlin menyatakan bahawa tidak ada rancangan konkrit untuk sidang kemuncak ke atas Ukraine antara Presiden Rusia dan Amerika Syarikat (A.S).
Laporan bahawa Vladimir Putin dan Joe Biden telah bersetuju dengan prinsip untuk saling mencari jalan keluar yang mungkin dari krisis ini telah mendorong para pelabur untuk menarik modal dari safe haven. Walaupun begitu ketegangan walaubagaimanapun tetap membimbangkan.
Perkhidmatan Keselamatan FSB Rusia berkata telah terdapat beberapa tembakan dari wilayah Ukraine yang memusnahkan pondok keselamatan. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa Ukraine memberi amaran bahawa penggodam sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan utama terhadap agensi kerajaan, bank dan sektor pertahanan pada hari Selasa.
Menurut Jeremy Stretch, ketua strategi FX di CIBC bahawa sikap optimis pasaran telah hilang berdasarkan beberapa berita utama melaporkan ketegangan boleh bertambah parah.
Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.14% berbanding US dolar yang didagangkan pada paras 1.1338. Pengukuhan ini juga didorong oleh data ekonomi yang menunjukkan pemulihan ekonomi zon euro memperoleh momentum dengan pelonggaran sekatan Covid-19.
Indeks US dolar yang mengukur matawang US berbanding enam matawang utama susut 0.09% pada paras dagangan 95.935.
Berikutan sentimen geopolitik yang masih samar-samar, para pemain pasaran mula memberi perhatian pada safe haven. Matawang Fran Swiss meningkat 0.54% kepada paras dagangan 0.9164. Walaupun hasil rundingan untuk mencari jalan yang damai dari krisis Ukraine masih tidak menentu, maka dijangka akan lebih banyak turun naik dijangka maju.
Di samping itu, pemain pasaran turut memberi tumpuan pada dasar bank pusat bagi mendapatkan indikasi mengenai kenaikan kadar faedah di pasaran utama.