Matawang Euro menyusut lebih rendah pada hari Jumaat selepas pegawai Bank Pusat Eropah menghantar isyarat dasar yang bercampur. Disisi lain pula jangkaan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas daripada Rizab Persekutuan telah mendorong US dolar kepada paras tertinggi baharu 25 bulan.
Presiden ECB Christine Lagarde mempamerkan nada dovish dengan menyatakan bank pusat mungkin perlu mengurangkan unjuran pertumbuhannya. Kenyataan ini dikeluarkan selepas sehari ECB dove Luis de Guindos bersama beberapa penggubal dasar menyeru ke arah penamatan awal skim pembelian aset bank dan kenaikan kadar pada bulan Julai.
Isyarat bercampur-campur itu berbeza dengan mesej yang jelas datang dari Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Khamis bahawa kenaikan kadar faedah setengah mata adalah hampir pasti apabila bank pusat A.S. bermesyuarat pada 3-4 Mei.
Menurut penganalisis pasaran, Moritz Paysen menyatakan bahawa bagi meyakinkan pasaran dalam jangka panjang, semua ahli ECB perlu sebulat suara. Tinjauan dasar monetari adalah subjek utama untuk pasaran mata wang kerana kadar faedah mempengaruhi prestasi relatif mata wang.
Matawang Euro pada awalnya mencatatkan pengukuhan semalam sehinggalah komen Lagarde yang menjadikan indikasi semakin bercampur. Lantas hal ini telah mendorog penyusutan Euro sebanyak 0.09% kepada 1.0821 berbanding US dolar.
Pelabur kini memberi perhatian pada pilihan raya Perancis yang akan berlangsung pada Ahad ini. Tinjauan terbaru menunjukkan Emmanuel Macron mendominasi sebanyak 55%.
Sterling jatuh berbanding dolar ke paras terendah sejak November 2020 selepas data jualan dan ulasan Bank of England baru-baru ini menandakan kemungkinan kelembapan pengetatan dasar monetari.