Amerika Syarikat telah meminta pemimpin OPEC, Arab Saudi untuk menangguhkan keputusan pengeluaran minyaknya selama sebulan.
Bagaimanapun, permintaan tersebut ditolak Arab Saudi yang mengatakan tindakan tersebut boleh membawa kesan negatif kepada ekonomi.
Ia juga menolak kritikan Amerika yang mendakwa keputusannya untuk memotong pengeluaran baru-baru ini adalah tidak berasaskan fakta.
Katanya, semua keputusan yang diputuskan oleh OPEC adalah berdasarkan ramalan dan keperluan ekonomi.
Terdahulu, OPEC dan sekutunya termasuk Rusia, atau dikenali sebagai OEPC+ telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 2 juta tong bermula November, iaitu pemotongan terbesar yang pernah dilaksanakan kumpulam itu sejak Covid-19 melanda.
Menjawab kepada kenyataan Arab Saudi, jurucakap Pentagon John Kirby menuduh kerajaan itu membantu Rusia untuk meningkatkan pendapatan dengan menghalang kesan sekatan Barat kerana perangnya di Ukraine.
Ketika penulisan, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit berubah pada $84 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula berlegar sekitar $89 setong.