Syarikat angkasa milik penuh jutawan Elon Musk, SpaceX memecat 5 pekerja yang didapati mengkritik beliau dalam sebuah surat terbuka (open letter).
Perkara ini disahkan Presiden SpaceX, Gwynne Shotwell, menerusi email yang menyatakan ‘pemecatan beberapa pekerja’ selepas didapati mengedar surat yang mengkritik Musk dan menggesa penerapan budaya kerja inklusif dalam syarikat.
Memetik sumber yang menerangkan kejadian, siasatan mendapati pemecatan dilakukan ekoran ia membuat kakitangan lain berasa ‘tidak selesa, takut, dibuli atau marah’ kerana dipaksa menandatangani sesutau yang tidak mencerminkan pandangan dipegang.
Jelas sumber itu lagi, surat terbuka tersebut telah memanggil Musk sebagai ‘gangguan dan memalukan’ kepada syarikat selain menggesa SpaceX tidak digunakan sebagai jenama peribadi jutawan tersebut.
Sebagai makluman tambahan, surat terbuka tersebut telah dibuat oleh pekerja SpaceX dan dikongsi menerusi group chat ‘Morale Booster’ yang menghimpunkan beribu-ribu pekerja lain.
Pihak SpaceX setakat ini tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai pemecatan tersebut.
Dalam pada itu, Shotwell juga menyatakan komitmennya dalam memastikan penguatkuasaan piawaian ‘sifar toleransi gangguan pekerja’ di SpaceX dalam memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.