‘Keren banget sih, negara Malaysia kapan lagi, dong?’
Negara seberang, Indonesia dilihat mengorak langkah dengan menyerahkan tender kepada sebuah syarikat komunikasi untuk mempromosikan firma tempatan dalam metaverse.
Ia merupakan satu inisiatif kerajaan Indonesia bagi bersaing dengan perkhidmatan asing seperti Google dan Facebook selain memasang hajat untuk muncul sebagai kuasa besar dunia pada masa akan datang.
Difahamkan syarikat komunikasi PT Telkom Indonesia akan melancarkan ‘metaNesia’ iaitu sebuah projek dunia maya yang menyasarkan pertumbuhan ekonomi terbesar Asia Tenggara tersebut.
Ulas Menteri Perusahan Indoensia, Erick Thobir, ia diharapkan dapat membantu negara menyesuaikan diri dengan landskap online yang semakin bergerak pantas dalam kalangan orang muda.
Tambahnya, mereka ingin meningkatkan daya saing bersama negara-negara lain dalam mencipta dunia baru dengan sistem pembayarannya sendiri.
Setakat ini syarikat masih tidak mengeluarkan sebarang butiran lanjut mengenai metaNesia.
Sungguhpun begitu melalui Thohir, projek tersebut akan menyediakan platform kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana mempamerkan barangan mereka pada kedudukan yang sama dengan perniagaan asing lain.
Umumnya, jika metaNesia seperti platform metaverse lain maka ia akan menawarkan perkhidmatan sosial termasuk perundingan kesihatan, pusat membeli-belah, pusat servis dan hiburan serta konsert maya.