Sebuah startup pelaburan Amerika, Bain Capital Ventures telah mengumumkan pelancara dana $560 juta yang akan disalurkan kepada syarikat ‘startup’ yang terkait dengan kripto. Bain Capital Ventures yang mempunyai $5.1 bilion aset di bawah pengurusan (AUM) ialah anak syarikat firma pelaburan terkemuka, Bain Capital.
Berdasarkan laporan, Bain Capital Ventures sedang mencari 30 syarikat untuk dilaburkan. Syarikat-syarikat yang menjadi kriteria adalah syarikat yang terlibat secara aktif dalam aplikasi berasaskan blokchain.
Syarikat itu “mencari firma yang dapat mengambil bahagian secara aktif dalam tadbir urus, firma yang boleh menyediakan kecairan ke dalam protokol,” kata Stefan Cohen, rakan kongsi pengurusan di Bain Capital Crypto.
Berdasarkan laporan tersebut, Cohen juga menambah bahawa dana itu akan digunakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun dan juga boleh dilaburkan dalam ekuiti syarikat mahupun kripto.
Pengumuman terbaru oleh Bain Capital Ventures mungkin merupakan permulaan langkah serupa oleh syarikat startup. Menurut Cohen, syarikat itu mungkin mempertimbangkan untuk melancarkan lebih banyak dana tertumpu kepada kripto sebaik sahaja modal dana semasa digunakan.
Akhir sekali, Bain Capital bukanlah satu-satunya yang mencari peluang dalam pasaran kripto. Pada tahun lepas, firma terkenak, Andreessen Horowitz melancarkan dana mata wang kripto bernilai $2.2 bilion yang menjurus kepada pelaburan dalam beberapa syarikat blockchain dan kripto.