Penyertaan industri muzik dalam ruang non-fungible token (NFT) semakin hangat apabila Billboard dan Universal Music Group bekerjasama untuk lancarkan ChartStars di rangkaian Flow.
Difahamkan ChartStars merupakan projek NFT yang menawarkan karya seni digital pemuzik sebagai tanda penghargaan dan memperingati pencapaian mereka dalam Billboard Charts.
Pun begitu, ketika penulisan, koin FLOW mencatatkan penyusutan harga lebih 3%, didagangkan pada $6.29.
Rincian ChartStars
- Startup kripto, Unblocked yang disokong oleh Dapper Labs juga terlibat mengusahakan projek ini
- NFT yang merangkumi album berlesen, termasuk klip visual pendek daripada video muzik dan foto album.
- Pengaksesan terhadap Billboard Live Events
- Produk pertama ChartStars dijangka tersedia pada Mei
Menyentuh tentang muzik dan NFT, beberapa artis antarabangsa sudah pun menceburi bidang ini. Antaranya: Jay Chou, Jay Z, Justin Bieber, dan Steve Aoki.
Terbaru, Billboard telah mengumumkan kerjasama dengan World of Women untuk hasilkan NFT bagi program tahunan, Women in Music kepada tiga penyanyi lagenda wanita antarabangsa: Christine Aguilera, Madonna, dan Mariah Carey.
NFT tersebut akan direka oleh pengasas World of Women, Yam Karkai dan bakal menembusi platform pasaran NFT, FTX US dalam bulan ini.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.