Steve Aoki: ‘NFT Buat Saya Lebih Kaya Berbanding Pembikinan Muzik 10 Tahun’

1,599

Lagi seorang artis antarabangsa, Steve Aoki juga sebenarnya salah seorang peminat non-fungible token (NFT) dan Web3.

Menerusi sebuah acara Gala Music di Inglewood, California baru-baru ini, Aoki menjelaskan dia mahu menyaksikan sendiri keunikan aset ini membawa perubahan terhadap industri muzik.

Misalnya sekarang, pasaran muzik menawarkan pendapatan yang fakir berdasarkan royalti.

Aoki sendiri akui persembahannya – gig DJ secara langsung – mungkin membawa keuntungan sehingga 95% daripada pendapatan muziknya.

Tetapi kehadiran NFT mengubah segalanya bagi kelompok artis muzik.

“Misalnya dalam 10 tahun saya membuat muzik – 6 album. Dan apa saya buat pada tahun lepas ialah cuma sertai NFT. Sudah tentu saya jana lebih banyak pendapatan daripada tempoh tersebut.”

Aoki berpendapat NFT ini unik kerana kebergantungannya terhadap komuniti sedia ada yang sentiasa mendukung. Bersesuaianlah untuk pemuzik kerana mereka memiliki sejumlah besar peminat, tidak kira golongan dan budaya.

Sementara itu, Aoki percaya Web3 menawarkan hak dan kuasa kepada pengguna untuk mengawal internet, lagi-lagi apabila ia melibatkan permintaan data peribadi.

DJ antarabangsa ini dalam diam memiliki 8 NFT Bored Ape, bersama-sama beberapa Mutant Apes, dan sejumlah koleksi NFT lain.

Pada masa yang sama, Aoki juga bekerjasama dengan pelukis komik, Todd McFarrlane untuk melancarkan platform pasaran NFT berasaskan Solana, OddKey.

Dan yang terbaru, figura ini telah pun melancarkan kelab keahlian berdasarkan NFT, ‘Aokiverse’ yang akan berfungsi serentak dengan dunia nyata.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat