Pasaran kripto mendukacitakan pada pagi ini, jelas berlanjutan sejak 5 Mei minggu lalu.
Bitcoin (BTC) telah susut ke paras terendah harian, $33,279 sebentar tadi kembali ke zon $33,000, terendah sejak Januari.
Ketika penulisan, aset Satoshi Nakamoto ini didagangkan pada $33,474.27, susut lebih 3% dalam 24 jam. Ethereum (ETH) pula mencatatkan nilai $2,440, susut 4.3%.
Dalam tempoh yang sama, lambakan altcoins turut dihambat ke paras terendah:
- Avalanche (AVAX): $52.58 (3.35%)
- Polygon (MATIC): $0.9877 (2.55%)
- Solana (SOL): $76.64 (2.36%)
- Terra (LUNA): $64.37 (2.26%)
- Shiba Inu (SHIB): $0.00001864 (1.83%)
- XRP: $0.576 (0.65%)
- Dogecoin (DOGE): $0.1249 (1.42%)
Bagaimanapun, untuk pemerhatian sejak minggu lalu, ApeCoin (APE) dan LUNA mencatatkan kerugian terbesar dengan masing-masing susut 31.72% dan 26.78%.
Apa punca utama keruntuhan harga kripto?
- Kenaikan kadar faedah
- Federal Reserve (The Fed) telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali untuk tahun ini.
- Untuk rekod, kenaikan terbaharu adalah sebanyak 50 mata asas, daripada 0.50% kepada 1.00%.
- Ini mendorong kepada pencairan aset kripto secara besar-besaran.
- Selain kripto, saham teknologi yang sensitif dengan perubahan kadar faedah turut menanggung impak ini.
Pada masa yang sama, beberapa altcoins bertahan dengan peningkatan mengukuh. Misalnya NEAR Protocol (NEAR) melonjak lebih 11%, didagangkan pada $11.40 dan Axie Infinity (AXS) pula mencatatkan nilai $31.13, meningkat hampir 10%.