Awal tahun baru 2022 menyaksikan pergerakan raja kripto, Bitcoin (BTC) yang agak sederhana.
Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $47,126.13, susut 0.62% dalam 24 jam.
Bagaimanapun, prestasi BTC untuk seminggu lebih mendukacita dengan penyusutan hampir 10% dari paras tertinggi harian $52,047.77 pada 27 Disember 2021.
Sementara itu untuk tempoh tiga hari pertama 2022, BTC telah susut lebih 2% dari paras tertinggi harian, $47,976 yang direkod pada 1 Januari.
Keadaan Bitcoin yang tidak mengujakan ini turut memberi impak kepada beberapa altcoins, misalnya:
- Solana (SOL): susut lebih 2%, didagangkan pada $173.98
- Avalanche (AVAX): susut lebih 2%, didagangkan pada $112.65
- Terra (LUNA): susut lebih 1%, didagangkan pada $90.13
- Cardano (ADA): susut lebih 0.1%, didagangkan pada $1.35
- Polygon (MATIC): susut lebih 1%, didagangkan pada $2.51
Sementara itu, Ethereum (ETH) mencatatkan peningkatan harga lebih 1% didagangkan pada $3,796.13, diikuti dengan XRP meningkat 0.75%, didagangkan pada $0.85.
Berdasarkan prestasi Bitcoin pada hari ini, mungkinkah harganya akan meningkat sehingga $220,000 pada 2022 seperti yang diramal podcaster Max Keiser?
Bagaimana pula dengan ramalan anda berkaitan prestasi Bitcoin pada tahun ini?
Apa-apa pun selamat tahun baru 2022. Mulakan tahun baru ini dengan azam pelaburan kripto yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.