Bank Pusat Jepun (BOJ) meningkatkan usaha untuk mempertahankan sasaran hasilnya dengan membuat tawaran baharu dalam pembelian bon 10 tahun tanpa had untuk empat sesi berturut-turut.
Langkah itu dibuat susulan hasil bon kerajaan Jepun (JGB) masih kekal pada 0.25%, jauh melebihi sasarannya sekitar 0% meskipun bank pusat itu pernah membuat pembelian tanpa had pada kadar tersebut sebelum ini.
Sebagai rekod, bank itu telah menawarkan untuk membeli bon tanpa had pada kadar yang sama pada Februari dan membuat tawaran empat hari berturut-turut pada bulan Mac.
Menurut kenyataan BOJ yang dikeluarkan pada Rabu, bank pusat mengumumkan pembelian bon kadar tetap tanpa had berturut-turut untuk mengembalikan hasil bon ke sasaran sekitar 0%.
BOJ menerima kesemua 225.1 bilion yen ($1.75 bilion) dalam bidaan yang diterimanya dalam operasi hari Rabu.
Hasil bon Jepun meningkat selepas mata wang yen jatuh secara mendadak ke paras terendah 20 tahun berbanding US dolar, sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan menjejaskan ekonomi.
Susulan daripada langkah BOJ, mata wang yen sedikit meningkat dan hasil bon juga berundur dari tahap 0.25%.