Kerana Terpaksa, BOJ Tawar Pembelian Bon Tanpa Had

3,081

Bank Pusat Jepun (BOJ) mengambil langkah drastik dalam usaha untuk mempertahankan sasaran hasilnya pada hari Isnin dengan membuat tawaran mengejutkan untuk membeli bon kerajaan tanpa had.

Langkah bank pusat itu dibuat susulan lonjakan hasil bon kerajaan Jepun (JGB) 10 tahun meningkat setinggi 0.25% pada awal dagangan hari ini, iaitu paras tertinggi sejak Januari 2016.

Ini merupakan kali kedua tindakan tersebut dilakukan oleh bank pusat pada tahun ini. Kali pertama ia menawarkan untuk membuat pembelian JGB tanpa had adalah pada bulan 10 Februari.

Kadar faedah telah meningkat di kebanyakan negara di tengah-tengah jangkaan bahawa bank pusat Amerika Syarikat dan Eropah akan mengetatkan dasar monetari lebih cepat daripada yang dijangkakan untuk memerangi kenaikan inflasi.

Ini telah memberikan tekanan terhadap BOJ untuk bertindak ke atas kadar faedahnya juga walaupun ekonomi negara itu masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

Walaupun begitu, Gabenor BOJ Haruhiko Kuroda berulang kali mengatakan bahawa bank pusat akan mengekalkan kadar faedah pada paras terendah, memandangkan pemulihan ekonomi yang masih suram dan inflasi kekal jauh di bawah sasaran 2%.

Panduan semasa BOJ ialah membolehkan hasil 10 tahun bergerak secara fleksibel di sekitar sasaran 0% selagi ia kekal di bawah had atas 0.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat