Tidak seperti jirannya, El Salvador, Honduras tidak mengiktiraf Bitcoin (BTC) sebagai mata wang sah.
Kenyataan ini rasmi diumumkan menerusi akaun Twitter Bank Pusat Honduras (BCH) pada malam tadi.
Comunicado sobre la posible adopción del Bitcoin como moneda de curso legal del país. Para mayor información: https://t.co/hIDx8DWiKp pic.twitter.com/TejuiWRO9E
— Banco Central de Honduras (@BancoCentral_HN) March 23, 2022
“Buat masa sekarang Bitcoin di negara ini belum lagi sah berdasarkan undang-undang.”
Sekaligus kenyataan BCH menamatkan ura-ura yang mendakwa negara itu akan menjadikan BTC sebagai tender sah, sama seperti dilakukan El Salvador.
Tidak pasti dari mana ia bermula, presiden Honduras, Xiomara Castro dikhabarkan mahu mengiktirafkan BTC sebagai mata wang rasmi sebagaimana dilakukan oleh presiden El Salvador, Nayib Bukele pada tahun lepas.
Bagaimanapun jawapan daripada bank pusat malam tadi mengesahkan lempira masih kekal sebagai mata wang utama. (1 lempira = 0.17 sen).
Malah kenyataan itu juga merujuk kepada pendirian BCH yang awal-awal lagi menegaskan tiada seliaan atau jaminan terhadap operasi dilaksanakan dengan mata wang kripto, termasuk pembayaran di wilayah itu.
Apa-apa pun, BCH tetap teruja untuk meneroka dan mengkaji keperluan penerbitan mata wang digital bank pusat (CBDC) yang mana berpotensi untuk diangkat sebagai tender sah di negara itu.