Coinbase dan Mastercard telah jalin kerjasama dalam usaha untuk meluaskan lagi kaedah pembelian non-fungible token (NFT).
Difahamkan langkah yang diambil Coinbase adalah mahu memudahkan pembelian NFT terutama bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan industri ini.
Coinbase menganggap pembelian NFT agak kompleks berbanding urus niaga mata wang kripto di platform bursanya.
Maka kerjasama dengan Mastercard dilihat sebagai satu peluang untuk mewujudkan lagi konsep mesra pengguna bagi amatur yang berminat dengan NFT.
Sebagai rekod, baru-baru ini Coinbase telah lancarkan platform pasaran peer-to-peer (P2P) NFT yang dikenali sebagai Coinbase NFT.
Sama seperti OpenSea, Coinbase NFT menawarkan ruang untuk penggunanya mint, membeli, menjual, mempromosi, dan mencari pelbagai jenis koleksi NFT.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.