Belum Pun Dilancarkan, Coinbase NFT Sambut Lebih 1 Juta Pendaftaran Awal!

1,397

Belum pun seminggu selepas mengumumkan senarai tunggu pelancaran platform non-fungible token (NFT), Coinbase menyaksikan lebih 1 juta pendaftaran dari kalangan penggunanya dan pendukung kripto.

Keputusan Coinbase untuk melancarkan platform NFT diambil selepas Binance, OKEx, dan FTX berbuat demikian pada Jun, dan September.

Digelar sebagai ‘Coinbase NFT’, pengguna berpeluang untuk melombong, membuat pembelian, membuat penelitian dan pencarian, dan memaparkan koleksi NFT mereka.

Tidak cukup dengan itu, platform ini akan menyokong token berasaskan standard Ethereum, ERC-721 dan ERC-1155.

Ketika penulisan, dianggarkan sekitar 1.1 juta individu telah mendaftar dalam senarai tunggu untuk pengaksesan awal Coinbase NFT, sehingga menjejaskan trafik laman web pendaftaran tersebut:

Memiliki rekod 68 juta pengguna yang telah disahkan dan 8.8 juta pengguna aktif bulanan setakat pencapaian pada suku kedua 2021, tidak mustahil Coinbase NFT akan menjadi pesaing dekat OpenSea.

DappRadar mendedahkan OpenSea mencatatkan 260,000 pengguna aktif setiap bulan dan telah menyaksikan jumlah keseluruhan transaksi mencecah 2.49 juta sepanjang September.

Bagaimanapun, bagi pembaca Intraday yang berminat dengan tawaran ini, Coinbase hanya membuka peluang dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) terlebih dahulu, bagi golongan 18 tahun ke atas sebelum dilancarkan ke pasaran lain.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat