Satu lagi NFT daripada koleksi Cryptopunks telah terjual pada tanda harga $23.7 juta (bersamaan RM 95,854,889) semalam.
CryptoPunk #5822 terjual kepada CEO syarikat infrastruktur blockchain awan, Chain; Deepak Thapliyal dengan nilai kripto, 8,000 ETH.
Pembelian tersebut pada masa yang sama telah merekodkan transaksi termahal di dunia bagi siri koleksi CryptoPunks setakat ini.
Sebelum ini pemegang saham terbesar DraftKings, Shalom Meckenzie membeli CryptoPunk #7532 or “Covid Alien” pada harga $11.8 juta.
Apa yang menarik tentang CryptoPunk #5822?
Difahamkan NFT ini merupakan antara yang paling rare dengan konsep makhluk asing. Hanya 9 alien punks sahaja yang dihasilkan daripada 10,000 CryptoPunks di dunia.
Kali terakhir #5822 dijual pada harga yang murah adalah pada 10 Julai 2017. Ketika itu harganya bernilai cuma 8 ETH (RM22,933) sahaja.
Rekod NFT termahal di dunia masih dimiliki oleh karya Beeple – ‘Everydays: The First 5,000 Days’, disusuli dengan NFT ‘Clock’ oleh tukang seni yang dikenali sebagai Pak. Karyanya itu bernilai $54 juta.
Manakala satu lagi karya Beeple, ‘Human One’ yang didatangi dengan konsep hibrid – skulptur fizikal dan digital – terjual pada harga $29 juta pada November.