Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pada cuti Krismas yang lalu, pasaran kripto tidak begitu rancak diperdagangkan berikutan pemain pasaran mula mengambil keuntungan dan menikmatinya. Hal ini telah mendorong harga BTC jatuh ke paras sehingga $45,000 lebih. Setelah seminggu kebanyakkan pemain pasaran mula menamatkan hari-hari rehat mereka.
Berdasarkan pemerhatian terbaru, kelompok/individu whales ketiga terbesar bitcoin telah kembali dan pada hari ini ia telah membuat pembelian besar-besaran pertama pada tahun 2022.
Data daripada Bitinfocharts mendedahkan bahawa alamat bitcoin ketiga terbesar telah menambah 456 BTC pada harga purata $46,363 pada 4 Januari.
Belian itu bernilai kira-kira $21 juta. Ini adalah pembelian besar pertama bagi pihak entiti ini yang turut membeli 6 BTC 55 minit menjelang tahun baharu.
Semasa penulisan, entiti whales ini telah mengumpul sebanyak 120,845.57 BTC bernilai lebih $5.6 bilion. Dengan kata lain, ia mengambil kesempatan sepenuh daripada turun naik harga yang tidak menentu. Ketika ini harga Bitcoin didagangkan sedikit kukuh dengan lonjakan harga 0.47% pada paras harga $47,123.77.
























































