Gelombang risiko dalam pasaran kewangan kembali diselubungi oleh kebimbangan terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang membuatkan dagangan US dolar masih bercampur sejak awal minggu.
Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York hari ini akan menjadi acara tumpuan utama pasaran untuk minggu ini.
Sementara itu, menjadi perhatian terbaru semasa pelabur adalah terhadap kenyataan oleh Presiden Federal Reserve (Fed) cawangan Cleveland, Loretta Mester yang menyatakan bahawa, bukan selamanya pilihan untuk 75 mata asas kenaikan kadar faedah akan diabaikan.
Bermakna, masih ada kebarangkalian untuk kenaikan kadar faedah yang lebih agresif tersebut boleh berlaku walaupun Pengerusi Fed, Jerome Powell sebelum ini tidak melihat langkah tersebut sebagai pilihan untuk bank pusat.
Perkembangan di Eropah, data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang diterbitkan semalam masih menunjukkan angka yang lemah memberi isyarat kemerosotan ekonomi di Eropah.
Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam menunjukkan penurunan ekoran pergerakan Euro yang kekal lemah walaupun US dolar kehilangan momentum pengukuhan.
Masih bergerak dalam zon mendatar (sideway) sejak minggu lalu, zon support harga masih dilihat pada 1.05000 yang bakal menjadi tumpuan sekiranya berlaku penurunan harga lagi.
Zon tersebut yang merupakan zon terendah harga dicecah dalam tempoh 5 tahun akan diuji dan jika penurunan lebih rendah diteruskan, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru lagi dengan jangkaan menuju sekitar 1.0400, iaitu zon support pada dagangan Disember 2016.
Namun, jika data inflasi yang diterbitkan menyebabkan US dolar melemah, harga boleh meningkat semula dan pelabur ingin melihat sama ada zon rintangan pada 1.0600 mampukah ditembusi oleh harga.
Sekiranya lonjakan harga berjaya dilakukan, isyarat untuk perubahan trend bullish akan mendorong jangkaan untuk harga menuju ke paras sasaran sebelum ini sekitar 1.07000 atau lebih tinggi pada zon 1.0800.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG