Orang terkaya dunia, Elon Musk bercadang untuk nyahsekat akaun Twitter milik bekas presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump jika pembelian laman sosial itu berjaya.
Musk berkongsi ideanya itu menerusi satu temu bual bersama Financial Times pada tengah malam tadi waktu Malaysia:
BREAKING: @ElonMusk says he would reverse Trump's suspension from Twitter and called the ban "morally wrong" and "flat out stupid." pic.twitter.com/ahRTaO5caV
— Benny Johnson (@bennyjohnson) May 10, 2022
Untuk pengetahuan akaun Trump telah disekat pada Januari 2021 kerana didapati melanggar polisi Twitter. Difahamkan bekas presiden AS itu membawa pengaruh buruk berkaitan Rusuhan Capitol.
Menurut pengasas Tesla yang juga peminat tegar mata wang kripto Dogecoin (DOGE), keputusan Twitter menyekat akaun Trump pada 2021 adalah tindakan yang tidak bermoral dan satu kesilapan besar.
Ekoran daripada itu Musk berpendapat Twitter sepatutnya lebih berhati-hati jika mahu memadam dan menyekat penuh sesuatu perkongsian atau akaun penggunanya.
Musk juga memberitahu tidak wajar budaya sekatan penuh wujud dalam laman sosial itu dan perkara ini jelasnya turut dipersetujui oleh bekas CEO Twitter, Jack Dorsey.
Nampaknya Musk berkata benar kerana Dorsey sendiri mengakui sekatan penuh, kecuali terhadap manipulasi rangkaian, spam, atau kegiatan haram, tidak sepatutnya diaplikasikan; dan ya, beliau mengaku kesilapan itu.
I do agree. There are exceptions (CSE, illegal behaviour, spam or network manipulation, etc), but generally permanent bans are a failure of ours and don't work, which I wrote about here after the event (and called for a resilient social media protocol): https://t.co/fQ9KnrCQGX
— jack (@jack) May 10, 2022
Untuk pengetahuan akaun Trump telah disekat pada Januari 2021 kerana didapati melanggar polisi Twitter beberapa kali. Difahamkan bekas presiden AS itu membawa pengaruh buruk berkaitan Rusuhan Capitol.
Difahamkan pembelian Twitter bernilai RM191.4 bilion akan selesai dalam dua hingga tiga bulan lagi.