Betul Ke Twitter Nak Padam Akaun Trump?

975

Selepas ini anda mungkin tidak dapat lagi stalk akaun Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kerana akaunnya akan dipadam serta-merta. Itu pun jika jawatan presiden yang disandangnya beralih kepada Joe Biden, pesaingnya dari Parti Demokratik.

Bermula Rabu sehingga Khamis, dilaporkan Twitter telah flagged akaun Trump sebanyak tujuh kali kerana memuatnaik maklumat palsu dan dakwaaan yang mengelirukan mengenai pilihan raya.

Ekoran daripada itu juga, beberapa anggota Kongres Demokratik dan organisasi non-partisan Lawyers’ Committee for Civil Rights Under Law dan Common Case menuntut CEO Twitter, Jack Dorsey untuk menyekat akaun presiden itu kerana didakwa telah melanggar polisi integriti sivik syarikat.

“Mereka cuba MENCURI pilihan raya.” salah satu kicauan Trump yang dimuatnaik pada 4 November.

Ahli Kongres Demokratik, David Cicilline menyifatkan kicauan tersebut sebagai “ancaman demokrasi”.

Jumlah penyalagunaan Trump ke atas media sosial itu sebenarnya sudah cukup kukuh untuk menyekat akaun Trump sama ada sementara atau kekal. Namun, figura itu ‘selamat’ kerana dasar pengecualian kepentingan awam yang digariskan oleh Twitter.

Buat masa sekarang akaun Twitter Trump memenuhi ketiga-tiga kriteria kepentingan awam; 1. Verified account, 2. memiliki lebih 100,000 pengikut, dan 3. Pemilik akaun merupakan calon atau pemegang jawatan politik semasa.

Ini bermakna, berdasarkan kriteria ketiga, jika Trump turun dari jawatan presiden atau meninggalkan politik secara automatik figura itu tidak lagi dilindungi oleh dasar yang ditetapkan kerana melanggar peraturan media sosial.

Sehingga kini Twitter masih belum memberi sebarang ulasan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat