Emas didagangkan lebih tinggi pada Khamis selepas mencatat keuntungan hampir 2% pada sesi sebelumnya apabila US dolar dan hasil perbendaharaan AS berundur dari paras tertinggi.
Pada sesi dagangan Asia, harga emas sedikit berubah pada sekitar harga $1,655 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,662 per auns.
US dolar kembali merosot dari puncak tertinggi 20 tahun dengan indeks dolar didagangkan lemah sekitar harga 113.20 pada sesi Asia.
Ini menyusuli penurunan ketara dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun pada 3.75%, dari paras tertinggi 14 tahun yang dicapainya pada Rabu pada 4.00%.
Kemerosotan ini telah memberi manfaat buat dagangan emas untuk meningkat seiring dengan pasaran berisiko lain.
Bagaimanapun, emas masih berada dalam tekanan menurun ekoran prospek terhadap langkah pengetatan yang berterusan oleh Federal Reserve (Fed) untuk memerangi inflasi.
Sementara itu, Bank of England (BOE) tanpa dijangka membuat pembelian bon kerajaan UK bertarikh lama untuk memulihkan kestabilan kewangan dalam pasaran.