Suruhanjaya Eropah telah mendedahkan rincian lanjut tentang rancangannya untuk menamatkan kebergantungan kepada bahan tenaga Rusia.
Rusia telah membekalkan 40% gas asli dan 27% minyak importnya kepada Kesatuan Eropah (EU) yang bernilai kira-kira € 400 bilion setahun.
Namun, pencerobohan Rusia terhadap Ukraine telah mendorong EU untuk mengenakan sekatan sehingga melibatkan pengharaman ke atas minyak Rusia yang selama ini memberi sumbangan besar kepada blok itu.
Selain itu, sekatan ini juga memberi sebab kepada EU untuk mempercepatkan lagi peralihannya kepada tenaga hijau.
Menurut cadangan yang dikemas kini, menunjukkan strategi yang memberi tumpuan kepada tiga bidang topik utama iaitu meningkatkan kecekapan tenaga, memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mendapatkan pembekal minyak dan gas lain.
Cadangan tersebut bukan sahaja merangkumi rancangan EU untuk menyekat Rusia tetapi juga untuk menghentikan sepenuhnya pengguna tenaga dari Moscow menjelang tahun 2030.
Pelan yang dinamakan REPowerEU itu dianggarkan bernilai € 210 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.