Selepas 13 minggu, harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY berjaya catatkan paras terendah terbaru lagi dengan penurunan harga yang diteruskan pada awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Yen kekal mendominasi ke atas Euro dengan sentimen pasaran masih berisiko memberi kelebihan terhadap dagangan safe-haven.
Laporan terbaru pada awal pagi ini, loji kuasa nuklear di Ukraine diserang oleh Rusia sehingga Menteri Luar Ukraine mendesak supaya Rusia menghentikan serangan bagi membenarkan bomba memadam kebakaran.
Kemalangan yang boleh berlaku bukan sahaja akan menjadi bencana untuk Ukraine, malah turut memberi impak terhadap dunia.
Meneliti pergerakan harga pada carta EUR/JPY sebelum ini, paras 127.400 menjadi sokongan yang telah diuji harga sejak awal minggu lagi selepas membuat penurunan.
Pelabur juga menilai pergerakan harga dalam trend bearish di mana harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Namun risiko yang kembali meningkat pada sesi Asia pagi ini dengan laporan serangan ke atas loji nuklear terbesar di Eropah itu telah mendorong penyusutan lebih rendah harga melepasi support 127.400.
Harga mencecah paras 127.00 dengan jangkaan penurunan lanjut harga bakal diteruskan menuju ke zon support 126.00 pula.
Namun waspada sekiranya perubahan sentimen pasaran berlaku di penghujung minggu ini, harga boleh membuat kejutan untuk melonjak semula.
Kenaikan harga dilihat akan menguji beberapa paras penting seperti paras 128.00 dan zon SBR (support become resistance) pada 129.500.
Zon SBR seterusnya pada 130.700 pula akan jadi sasaran berikutnya bagi kenaikan harga yang berjaya diteruskan selepas perubahan trend bullish.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG