US dolar menutup dagangan pada penghujung minggu lalu dengan sedikit meningkat selepas prestasi suram yang dipamerkan susulan reaksi terhadap mesyuarat FOMC.
Jangkaan untuk pengukuhan US dolar oleh para pelabur meleset walaupun Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi seperti yang telah dijangkakan.
Namun penganalisis berpandangan bahawa US dolar berkemungkinan akan kembali mengukuh semula dalam tempoh terdekat.
Penyusutan US dolar minggu lalu telah memberi laluan untuk kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran didagangkan sedikit meningkat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-20
Seperti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah meningkat pada minggu lalu mengatasi ketinggian dicapai pada minggu sebelumnya, mencapai paras sekitar 1.11300 pada zon SBR (support become resistance).
Selepas menguji zon SBR tersebut dan gagal untuk teruskan kenaikan lebih tinggi, harga membuat penurunan sehingga disokong oleh paras 1.1000 di penghujung minggu.
Pelabur mula berwaspada untuk perubahan trend bearish semula selepas harga berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam selepas penurunan.
Namun, pengukuhan lebih jelas oleh US dolar dinantikan pelabur untuk isyarat pergerakan selanjutnya.
Sekiranya harga susut lebih rendah di bawah paras 1.1000, penurunan lanjut harga bakal dijangkakan untuk menuju semula sehingga ke zon support 1.08000 yang menjadi tumpuan pada penurunan awal Mac lalu.
Sebaliknya jika lonjakan harga berlaku semula, corak kenaikan harga minggu lalu berkemungkinan akan masih diteruskan melepasi zon SBR 1.11300.
Kenaikan lebih tinggi dilihat bakal menguji paras tumpuan 1.12000 sebelum mengekalkan trend bullish untuk sasaran menuju sehingga ketinggian 1.14000 semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG