Pergerakan pasaran kewangan sejak awal minggu masih lagi dilihat perlahan dengan sentimen pasaran yang bercampur.
Namun, US dolar telah sedikit memberi isyarat untuk mula mengukuh kembali selepas tumpuan pemain pasaran berkemungkinan telah kembali terarah semula kepada langkah pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed).
Majoriti menjangkakan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi oleh Fed pada mesyuarat September, dua jangkaan untuk mesyuarat November iaitu 50 atau 25 mata asas, serta tambahan 25 mata asas lagi pada mesyuarat Disember.
Namun, masih awal untuk mengatakan bahawa pengukuhan US dolar telah bermula dan berkemungkinan raja mata wang itu boleh kekal papar prestasi suram sepanjang minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-15#t=0:00
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, terdapat kenaikan harga yang lebih tinggi berbanding Isnin lalu, dengan paras ketinggian dicapai sekitar 1.05800 sebelum penurunan berlaku semula sehingga ke penghujung dagangan sesi New York.
Bersambung pada dagangan awal sesi Asia pagi ini (Rabu), sedikit penurunan yang menuju semula ke zon 1.05000 telah memberi isyarat awal bagi perubahan trend bearish selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga.
Sekiranya US dolar berjaya menambah momentum pengukuhan pada dagangan hari ini, harga yang susut lebih rendah di bawah zon 1.05000 dilihat akan menuju semula ke zon support 1.04000 yang menjadi zon penting dagangan minggu lalu.
Penurunan lebih rendah di bawah zon support tersebut bakal merekodkan paras terendah terbaru harga untuk tempoh 20 tahun, dengan sasaran menuju sekitar 1.03000.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula dari zon 1.05000, zon rintangan pada 1.06000 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji dan harga bakal mengatasi ketinggian dicapai semalam.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dan memaparkan pergerakan trend bullish, harga boleh mencapai sehingga ke paras ketinggian pada 1.07000 atau lebih tinggi menuju rintangan pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG