Terbitan data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Julai yang tidak menunjukkan perubahan angka yang ketara berbanding jangkaan dan bacaan terdahulu, dilihat tidak memberi kesan terhadap pergerakan US dolar.
US dolar kekal berlegar di paras terendah sejak pertengahan Julai walaupun dalam suasana yang yang berisiko dengan fokus pelabur masih terhadap faktor kemelesetan ekonomi.
Pergerakan US dolar berkemungkinan dijangka suram menuju ke penghujung minggu sementara pelabur nantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat nanti.
Mata wang Euro berjaya bertahan daripada terus mengalami kejatuhan nilai di awal minggu memanfaatkan situasi penyusutan oleh US dolar.
Namun, pelabur akan berwaspada terhadap risiko penurunan Euro dengan krisis ekonomi yang sedang melanda Eropah.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-64
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat menyambung corak kenaikan pada pembukaan awal minggu semalam walaupun pada tempo yang perlahan.
Harga yang bergerak di atas paras 1.02400 dilihat sedikit meningkat pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa), namun masih belum melepasi halangan 1.03000.
Pergerakan harga masih dalam trend bullish di mana harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Sekiranya kenaikan diteruskan, harga yang melepasi paras 1.03000 akan mencetuskan jangkaan untuk lonjakan lebih tinggi dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.
Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah untuk menuju paras rintangan pada ketinggian sekitar 1.04000.
Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, susut di bawah paras 1.02400 dan paras sokongan MA50 akan memberi isyarat perubahan trend bearish.
Penurunan yang diteruskan dilihat akan menuju paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1.01600 dan 1.01000 akan diuji pada zon RBS (resistance become support).
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG