Jangkaan untuk pelabur menyaksikan pengukuhan US dolar menuju ke penghujung minggu kembali meleset apabila penyusutan ketara berlaku semula pada dagangan Rabu semalam.
Penganalisis menilai situasi ini adalah didorong oleh kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan US dolar masih lagi bergerak lemah dalam pasaran.
Ucapan oleh Pegerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell menjadi tumpuan semalam di mana beliau kekal menekankan bahawa bank pusat komited untuk menangani inflasi yang tinggi yang terus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kenaikan kadar faedah yang berterusan.
Begitu juga isyarat untuk kenaikan kadar faedah sehingga mencapai jangkaan 75 mata asas untuk European Central Bank (ECB) berdasarkan undian ahli-ahli ekonomi.
Justeru, mata wang Euro pada dagangan Rabu semalam didagangkan lebih cemerlang untuk meningkat berbanding US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-16#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang dilihat membuat penurunan awal di sesi Asia menguji zon sokongan harga pada 1.05000.
Kemudiannya harga telah berpatah arah untuk melantun membuat kenaikan semula sehingga ke paras 1.06000 mencatatkan kenaikan harian sekitar 130 pips.
Paras ketinggian tersebut merupakan rintangan buat harga pada lonjakan minggu lalu selepas reaksi pasaran susulan mesyuarat FOMC dan juga mesyuarat mengejut ECB.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan hari ini melepasi rintangan tersebut, kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk menuju sekitar 1.07000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu.
Keniakan yang diteruskan selanjutnya akan menuju pula zon rintangan pada 1.08000.
Sebaliknya jika harga gagal melepasi rintangan 1.06000 tersebut, penurunan harga boleh berlaku semula untuk harga susut menguji kembali zon sokongan pada 1.05000.
Penurunan yang melepasi zon tersebut akan memberi isyarat bearish untuk harga menyambung penurunan sehingga ke zon support utama pada 1.04000.
Terbitan data ekonomi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan AS akan dinilai pelabur hari ini yang boleh mempengaruhi pergerakan mata wang Euro dan US dolar.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG