US dolar meneruskan pengukuhannya lebih ketara pada sesi New York semalam dan dijangka mengakhiri dagangan minggu ini dengan cemerlang.
Sebelum ini, lonjakan US dolar disuntik oleh mesyuarat FOMC yang memberi petunjuk lebih jelas untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan langkah pengetatan polisinya.
Pada sesi New York semalam pula, pengukuhan raja mata wang itu diteruskan lagi susulan terbitan laporan awal data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku terakhir 2021 dengan angka yang lebih tinggi mengatasi jangkaan.
Justeru, kebanyakan mata wang utama yang lain dilihat terus kecundang didagangkan berbanding US dolar yang menoominasi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-kukuh-10am-28-1
Pada carta harga utama pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah menyambung penurunan lebih rendah sehingga melepasi zon support penting 1.12000.
Zon tersebut merupakan zon terendah yang dicecah harga pada tahun 2021. Melepasi penurunan di bawah zon tersebut telah mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.
Paras terendah terbaru dicecah sekitar 1.11300 di sesi New York semalam sebelum harga mula mendatar perlahan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Pergerakan harga masih dilihat berada pada trend bearish setelah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal mengekang kemaraan harga ke paras lebih tinggi.
Kenaikan harga berkemungkinan berlaku untuk menguji paras 1.12000 sebelum menyambung corak penurunan harga semula dengan paras sasaran terbaru dilihat berada pada 1.1000.
Sebaliknya jika kenaikan harga melepasi halangan 1.12000 dan juga halangan MA50, pelabur akan mula berhati-hati untuk perubahan awal trend bullish semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG