Pelabur di sesi Eropah dihiasi oleh peningkatan dalam dagangan euro yang disokong oleh kenyataan penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai kenaikan kadar faedah bagi membendung inflasi.
Euo meningkat 0.6% lebih kukuh berbanding US dolar selepas Ketua Ekonomi ECB, Philip Lane memberitahu bahawa bank pusat itu akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat bulan Julai.
Beliau juga mencadangkan kenaikan sebanyak 50 mata asas pada bulan September, berbeza dengan kenyataan Presiden Christine Lagarde sebelum ini untuk peningkatan hanya 25 mata asas.
Pembuat dasar Olli Rehn juga memberi pandangan sama bahawa kemungkinan kenaikan pada bulan September adalah lebih besar daripada 0.25%.
Sementara itu, pembuat dasar ECB, Francois Villeroy de Galhau pula mengatakan instrumen rancangan bank pusat terhadap pemecahan kewangan mesti membenarkan ia menyokong komitmennya untuk mempertahankan euro.
Dari sisi bertentangan, dolar greenback kekal didagangkan susut berbanding kebanyakan mata wang utama dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell di hadapan Kongres pada hari Rabu.
Penyusutan ini telah memberi manfaat buat mata wang utama lain untuk meningkat, tetapi pergerakan yang dicatatkan tidak ketara.
Dua lagi pembuat dasar Fed akan membuat kenyataan umum pada hari Selasa, di mana pemain pasaran bakal meneliti komen mereka untuk mendapatkan petunjuk tentang pandangan mereka terhadap penetapan dasar monetari dan ekonomi semasa.