Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Harga saham GameStop (GME) meningkat lagi tapi bukan sebab pelabur Wall Street ditibai pelabur kecil.
Timbul spekulasi yang mendakwa peruncitan ini akan bekerjasama dengan Microsoft untuk memperkenalkan permainan non-fungible token (NFT).
Saham GME mencatatkan lonjakan sekitar 13% dan ditutup pada nilai $115.60.
Sejak kebelakangan ini, saham GME menunjukkan prestasi yang agak baik susulan daripada pengumuman kerjasama dengan Immutable X untuk menubuhkan platform pasaran NFT.
Hasilnya, GameStop juga akan melancarkan program geran bernilai $100 juta dalam unit token IMX untuk pencipta kandungan NFT dan pembangun teknologi.
Perkembangan ini diteruskan pula dengan khabar angin integrasi antara dua entiti melalui beberapa platform dikenali: Reddit dan Twitter.
Kolaborasi ini membawa dua spekulasi: 1/ integrasi melalui permainan yang sedia ada, dan 2/ penghasilan NFT baharu yang menfokuskan kepada permainan.
Dakwaan ini dikukuhkan lagi dengan beberapa keping screenshot yang dikongsi melalui akaun salah seorang pengguna Twitter:
Best graphic I've seen about all this nothingness so passing it on. Probably nothing though…#GameStop #gme #Microsoft #must#immutableX #loopring #Apple #lrc pic.twitter.com/9vCZn33O5a
— Daikon👑 (@P_MackD) February 8, 2022
Bagaimanapun setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada GameStop dan Microsoft.
Tidak pasti sejauh mana kebenaran ini, sama-sama kita tunggu!
Probably nothing.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.
























































