GameStop, Immutable X Umum Kerjasama Penubuhan Platform NFT

158

Kali terakhir GameStop (GME) dikaitkan dengan non-fungible token (NFT) adalah pada Januari tahun ini.

Berdasarkan perkembangan terbaru, GME telah bekerjasama dengan Immutable X Pty Limited dan memperkenalkan dana khas bernilai $100 juta sebagai usaha melancarkan penubuhan platform pasaran NFT.

Pada masa yang sama, Immutable X juga memperuntukkan sejumlah besar token IMX bernilai $150 juta untuk menyokong projek GameStop.

Difahamkan platform tersebut akan dibangunkan di Immutable X, protokol skalabiliti Lapisan-2 untuk NFT di Ethereum.

Manakala GameStop akan kemukakan maklumat kolaborasi dan berkaitannya kepada Securities and Exchange Commission (SEC) melalui Borang 8-K.

GameStop juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang di platform terbarunya, termasuk pembangun studio permainan; Web3 dan metaverse melalui website rasmi.

Setakat ini, GameStop baru memulakan penubuhan hub dalam talian untuk perdagangan permainan video NFT, meliputi beberapa item seperti pakaian dan peralatan yang digunakan dalam realiti maya (VR).

Kerjasama terbaru ini melonjakkan harga IMX sebanyak lebih 10%, didagangkan pada $3.39 ketika penulisan artikel.

Sejarah GameStop

GameStop mula mendapat perhatian dunia susulan daripada insiden pump and dump pada akhir Januari 2021.

Ia bermula apabila saham GME mencatatkan harga tertinggi sepanjang masa (ATH), $483 selepas di-pump oleh ahli kumpulan di laman Reddit, WallStreetBets (WSB).

Pada ketika itu, pengasas bersama SkyBridge Capital, Anthony Scaramucci menyifatkan lonjakan sahama GME sebagai indikasi yang positif untuk Bitcoin (BTC) dan kewangan desentralisasi (DeFi).

Bagaimanapun, beberapa minggu kemudian harga saham GME susut sehingga hampir $50 seunit, dan ketika penulisan ia ditutup pada $99.23, susut hampir 1%.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat