Saham GameStop Meletup, Rancang Masuk Pasaran Kripto & NFT

772

Boek punya NFT, meledak saham GameStop.

Saham GameStop Corp melonjak 27% selepas mereka merancang untuk menubuhkan pasaran (marketplace) non-fungible tokens (NFT) dan mengaplikasi perkongsian mata wang kripto.

Peruncit permainan video tersebut sedang menjalankan rombakan dengan pengerusi Ryan Cohen mengenepikan eksekutif daripada syarikat termasuk Amazon.com Inc untuk menjauhkan GameStop daripada perniagaan fizikal dan e-dagang.

GameStop kini sedang mencari pembangun dan penerbit permainan video terpilih untuk menyenaraikan NFT di pasarannya yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu, mereka telah mengupah lebih 20 orang pekerja untuk menjalankan unit bagi pembinaan hub dalam talian untuk beli, jual dan dagangkan NFT koleksi permainan video seperti avatar dan senjata.

Sebagai rekod, GameStop menjadi tumpuan dalam kegilaan perdagangan saham ‘meme’ tahun lalu yang menyaksikan saham Reddit, laman berita dan saham Robinhood, laman pembrokeran mencanak.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat