Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam terus menggembirakan pelabur Pound apabila mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi untuk tempoh dagangan 8 minggu!
US dolar bergerak lemah sehingga ke awal sesi New York semalam dengan pasaran tidak memberi reaksi terhadap terbitan laporan data pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (AS) yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan.
Reaksi pelabur dilihat selepas laporan minit mesyuarat FOMC diterbitkan pada awal pagi ini menyaksikan US dolar kembali papar pengukuhan semula.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-minit-fomc-gerakkan#t=0:00
Sebelum harga susut sehingga bersambung ke awal sesi Asia pagi ini (Khamis), harga terlebih dahulu mencapai paras ketinggian terbaru di awal sesi New York semalam ke paras 1.36000.
Trend bullish harga dilihat diteruskan semula meleset berbanding jangkaan untuk trend penurunan harga bermula pada awal minggu.
Penurunan harga pada sesi Asia pagi ini (Khamis) akan dinilai sama ada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam berjaya menyokong lonjakan semula harga.
Kenaikan harga yang terus mengatasi ketinggian yang dicapai semalam, berkemungkinan akan mencapai zon rintangan 1.36500 yang pernah menjadi tumpuan pada dagangan November lalu.
Untuk memberi isyarat awal perubahan trend bearish, paras tumpuan yang bakal diuji adalah pada 1.35000 sebelum ke paras terendah mingguan yang dicecah pada Isnin lalu sekitar 1.34300.
Penurunan lebih rendah harga akan menuju pula zon sokongan 1.34000 dan zon RBS (resistance become support) 1.33500.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG