Pound turut alami tekanan pada dagangan Selasa semalam ekoran sentimen pasaran yang berisiko berdasarkan perkembangan krisis perang Rusia dan Ukraine yang terus meningkatkan kebimbangan pelabur dalam pasaran.
US dolar pula tepati ramalan untuk kembali mengukuh walaupun bergerak lemah pada awal minggu ketika Rusia bersedia untuk berunding bersama Ukraine.
Walaupun rundingan masih berlangsung, namun Rusia tidak berniat untuk menghentikan serangan dan pecerobohannya menyebabkan sentimen pasaran yang sedikit pulih sebelum ini kembali berisiko semula.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-14
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah kembali menyambung penurunan semula dengan penurunan harian semalam dicatatkan sekitar 130 pips.
Harga susut dari paras ketinggian yang dicapai pada awal sesi Eropah semalam sekitar 1.34370 dan hampir menyentuh paras 1.33000 di sesi New York.
Isyarat perubahan trend bearish kembali lagi apabila harga susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Penurunan lebih rendah harga bakal dijangkakan melepasi paras sokongan semasa pada 1.33000 dengan sasaran menuju zon support 1.32000-1.31700.
Zon tersebut telah diuji pada dagangan Disember tahun lalu namun harga gagal untuk tembusi ke paras lebih rendah.
Sebaliknya jika situasi pasaran berubah dan harga kembali meningkat semula, zon sekitar 1.34000 akan kembali diuji seperti dagangan awal minggu ini dan penghujung minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan untuk perubahan trend bullish bakal menuju paras 1.35000 bagi menguji kembali zon SBR (support become resistance) tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG