Keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) akan diumumkan pada Khamis ini selepas menyusuli mesyuarat FOMC di awal pagi hari yang sama.
Federal Reserve (Fed) dijangka untuk mengekalkan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali ketiga berturut-turut.
Sementara, BOE dijangkakan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat terbaru, namun pelabur mula waspada terhadap sebarang perubahan keputusan oleh bank pusat selepas bacaan kadar inflasi UK yang diterbitkan minggu lalu mula catat penurunan.
Mata wang Pound masih didagangkan lemah berbanding US dolar pada pergerakan yang dipaparkan minggu lalu bersambung pada awal minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-25
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan penurunan yang diteruskan pada Jumaat lalu telah melepasi paras 1.14000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru harga sejak 1985.
Menutup dagangan pada sesi terakhir minggu lalu memperlihatkan harga sedikit meningkat dari paras terendah tersebut untuk berlegar di bawah paras 1.14500 yang menjadi rintangan semasa buat harga.
Bersambung pada sesi Asia pembukaan awal minggu ini, harga kekal bergerak di bawah rintangan 1.145000 dan masih memberi petunjuk pergerakan bearish di mana harga berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Jika penurunan diteruskan di awal minggu, sasaran terbaru harga dilihat pada sekitar 1.13000 atau lebih rendah menuju 1.12000 untuk harga terus mencatatkan rekod terendah 37 tahun.
Sebaliknya jika berlaku lonjakan harga melepasi rintangan 1.14500 dan juga menembusi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bullish pada carta harga.
Kenaikan jika diteruskan bakal menuju ke zon 1.1600-1.16500 sebelum melanjutkan kenaikan untuk menguji paras ketinggian dicapai minggu lalu.
Seterusnya zon rintangan pada ketinggian 1.18000 akan menjadi sasaran harga dengan mengekalkan pergerakan trend bullish tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG