Prestasi hambar Pound Sterling pada dagangan awal minggu ini telah melepaskan peluang untuk mengukuh ke paras lebih tinggi berbanding US dolar yang masih lagi didagangkan suram dalam pasaran sejak beberapa minggu lalu.
Dalam kewaspadaan pelabur menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, sentimen pasaran yang memulih disokong oleh perkembangan positif di China dilihat akan terus memberi tekanan terhadap US dolar.
Namun, Pound gagal untuk memanfaatkan situasi untuk melonjak lebih tinggi berkemungkinan pelabur juga berhati-hati terhadap faktor ketidaktentuan Brexit yang kekal membayangi mata wang Britain itu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar#t=0:00
Justeru, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu mendatar seperti pada Jumaat lalu, dengan paras ketinggian diuji sekitar 1.26600 sementara disokongan oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk mengekalkan isyarat bullish.
Namun, pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini yang melihatkan US dolar sedikit mengukuh, harga mula susut di bawah paras MA50 dan menguji paras sokongan semasa harga pada 1.26000.
Pelabur menantikan pergerakan lanjut harga menuju ke sesi Eropah pula sebelum mengenalpasti isyarat awal untuk perubahan trend harga tersebut.
Sekiranya ternyata harga membuat penurunan dan susut melepasi paras 1.26000, harga berkemungkinan turun menuju sehingga ke paras 1.25000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Sebaliknya jika harga berjaya menyambung pergerakan trend bullish beberapa minggunya itu, kenaikan harga bakal disaksikan semula dengan sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menuju ke paras sekitar 1.27000.
Mencapai ke paras ketinggian tersebut ataupun lebih tinggi, akan mencatatkan paras tertinggi 5 minggu terbaru lagi pada carta harga.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG