‘Lama jugak tempoh 8 tahun itu.’
Selepas 8 tahun penutupan perkhidmatan berita Google News milik Alphabet Inc di Sepanyol, akhirnya ia kembali semula selepas pemansuhan undang-undang hak cipta yang diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah (EU).
Difahamkan bahawa sebelum ini kerajaan Madrid telah memaksa syarikat atau agregator berita membayar penerbit kerana menggunakan berita mereka dibawah peraturan yang diperkenalkan oleh EU sebelum dimansuhkan baru-baru ini.
Pemansuhan tersebut secara tidak langsung membolehkan saluran media untuk berunding dengan gergasi teknologi untuk memaparkan berita mereka di Sepanyol.
Rentetan itu, Google News merancang untuk kembali ke pasaran Sepanyol seawal tahun depan.
Perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Google Negara Sepanyol, Fuencisla Clemares, dengan menyatakan bermula tahun depan warga Sepanyol akan menerima akses kepada berita dan cerita-cerita menarik yang ditawarkan.
Tambahnya lagi, pihak Google akan memastikan kerjasama dengan penerbit bagi mencapai persetujuan dalam meliputi hak mereka di bawah undang-undang baharu.
Dalam pada itu, Clemares turut menyambut baik kembalinya Google News dengan menyatakan hasrat untuk melancarkan Google News Showcase, iaitu kenderaan bergerak untuk penerbit berita berbayar, di seluruh Sepanyol bersempana ulang tahun ke-20 perkhidmatan tersebut.