Syarikat enjin carian internet gergasi, Google bersedia untuk membuat pelaburan terhadap subsidiari Foxconn, Ennoconn Corporation bagi projek berkaitan metaverse di Taiwan.
Tidak pasti berapa banyak peruntukan Google terhadap projek tersebut tetapi syarikat gergasi itu menerima 4.6% saham Ennoconn, sekaligus menjadi pemegang ketiga terbesar bagi subsidiari Foxconn.
Secara tidak langsung, pelaburan ini menunjukkan isyarat positif tentang metaverse dari salah satu syarikat terbesar dunia.
Produk Ennoconn seperti penyedia, alat untuk aplikasi 5G dan Internet of Things, menjadikan Google pemain paling hebat dalam ruang metaverse.
Foxconn sendiri menganggap mereka sebagai inovator dalam bidang pengangkutan elektrik dan metaverse.
Misalnya pada November, pengasasnya Terry Gou telah muncul sebagai avatar dalam program dalam maya yang mendemostrasikan e-pengangkutan dan hala tuju metaverse.
Sementara itu pada 2017, Google telah membuat pembelian sebahagian perniagaan peranti HTC bernilai $1.1 bilion.
HTC merupakan syarikat elektronik pengguna yang menfokuskan kepada peranti realiti maya (VR) dan telah memilih untuk Taiwan untuk bangunkan industri metaverse-nya.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.