Rang undang-undang – America COMPETES Act of 2022 yang digubal baru-baru ini telah memberi kuasa mandat kepada setiausaha perbendaharaan, Janet Yellen dalam menentukan arah tuju sektor kripto di Amerika Syarikat (AS).
Difahamkan melalui akta yang dibentangkan pada Selasa itu, Yellen mampu mengubah nasib pasaran kripto sekelip mata:
“Setiuasaha perbendaharaan berkuasa untuk menyekat sebarang transaksi kriptowang di seluruh institusi kewangan tanpa sebarang proses; penggubalan undang-undang; atau pembatasan tempoh ke atas sekatan yang dilakukan.”
Pengarah eksekutif Coin Center, Jerry Brito menyifatkan kehadiran rang undang-undang ini bukan sahaja menjahanamkan pasaran kripto tetapi juga akan meruntuhkan privasi dan proses berkaitannya.
Tambahan lagi, akta tersebut turut merangkumi seluruh institusi kewangan di AS dan diperkenalkan dengan objektif mahu menangani penyelewengan wang antarabangsa.
Ini bermakna, Yellen berhak untuk menyingkirkan mana-mana akaun yang didapati ada unsur penyelewengan wang melibatkan mana-mana pihak atau organisasi di luar AS.
Tidak cukup dengan itu, jika undang-undang semasa menggariskan beberapa kelonggaran – orang awam akan dimaklumkan dan diberi peluang untuk sebarang pandangan atau komen; dan sebagai sekatan tidak boleh lebih 120 hari, kali ini lebih ketat:
- Sekatan dilaksanakan terhadap akta ‘pengiriman dana tertentu’ walaupun bersebab.
- Penghapusan kesemua notis dan ulasan orang awam.
- Tiada lagi peruntukan tempoh selama 120 hari, sebaliknya tindakan undang-undang dilaksanakan serta-merta.
Brito yakin, rang undang-undang paling memberi tekanan terhadap pertukaran kriptowang kerana perkhidmatan mereka yang meliputi seluruh dunia seperti KuCoin, Binance, dan Coinbase.
Bila-bila masa sahaja entiti berkaitan bakal tersungkur. Paling membimbangkan, sejauh mana pasaran kripto akan bertahan di tangan Yellen – figura yang terkenal dengan sikap tiada komprominya.
Nobody knows.