Minyak mentah kekal didagangkan suram selepas menjunam rendah ekoran keputusan OPEC+ yang kekal dengan rancangan pengeluarannya untuk bulan Ogos.
Pada pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan merosot pada $108 setong susulan kejatuhan 5.5% yang dicatatkan pada Khamis.
Sementara itu, dagangan WTI Amerika Syarikat pula susut pada $105 setong setelah menngalami penurunan sekitar 3.2% pada sesi sebelumnya.
Pada hari Khamis, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) termasuk sekutunya Rusia, OPEC+ bersetuju unuk mengekalkan strategi pengeluarannya dengan peningkatan sebanyak 648,000 tong sehari pada bulan Ogos.
Keputusan itu disambut baik oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang sebelum ini telah berulang kali mendesak kumpulan itu untuk menambah pengeluaran lebih banyak lagi.
Presiden Joe Biden memberitahu bahawa beliau tidak akan terus menekan Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi mengekang kenaikan harga minyak mentah ketika bertemu Putera Mahkota Arab Saudi pada bulan ini.