Hyundai Motor Korea Selatan bakal menjual kilang pembuatannya di Rusia susulan pemberhentian para pekerja disebabkan kekurangan peralatan berteknologi tinggi.
Ketiadaan peralatan ini berlaku akibat daripada sekatan pengeluar Barat semasa Moscow menghantar angkatan bersenjata ke Ukraine pada 24 Februari.
Diperjelaskan, Hyundai Motor telah menghantar laporan analisis perbelanjaan tahun lalu kepada Rusia berikutan persekitaran operasi yang sukar.
Oleh demikian, syarikat tersebut akan memberhentikan penjualan keretanya di Rusia pada Ogos dan September sejurus selepas membuat penggantungan operasi kilang pada Mac.
Namun Hyundai harus membuat pelbagai persediaaan jika tetap ingin menutup perniagaannya di Rusia, salah satunya adalah situasi kewangan serta hubungannya bersama Rusia dan Amerika Syarikat, ulas seorang penganalisis Korea Investment & Securities Kim Jin-woo.
Secara rekod, Hyundai Motor dan Kia Corp adalah antara 10 pembuat kereta terbesar dunia yang telah membina 200,000 kenderaan di Rusia pada setiap tahun.
Menurut Esther Yim, seorang penganalisis di Samsung Securities menyatakan bahawa syarikat tersebut telah memperoleh keuntungan berjumlah 450 bilion won ($315 juta) pada tahun ini ekoran persekitaran perniagaan di Rusia.
Pada berita berbeza, Nissan Motor Co Ltd bukan sahaja menyerahkan perniagannya di Rusia kepada entiti milik kerajaan dengan harga 1 euro dengan syarikat menanggung kerugian $687 juta.