Inflasi U.K. dilaporkan perlahan pada Ogos berikutan kejatuhan harga bahan api, walaupun harga makanan terus meningkat apabila krisis kos sara hidup negara itu berterusan.
Indeks harga pengguna meningkat 9.9% secara asas tahunan pada bulan lalu daripada 10.1% yang direkodkan pada Julai. Angka yang dicatatkan juga meleset daripada jangkaan para pakar ekonomi yang mensasar kenaikan 10.2%.
Asas bulanan menunjukkan,harga pengguna meningkat 0.5%, sebahagian kecilnya di bawah ramalan. Inflasi teras, yang tidak termasuk tenaga yang tidak menentu, makanan, alkohol dan tembakau, meningkat 0.8% bulan ke bulan dan 6.3% tahun ke tahun, sejajar dengan jangkaan.
“Penurunan harga bahan api motor menyebabkan faktor yang memberi sumbangan kepada penurunan terbesar kepada perubahan dalam kedua-dua kadar inflasi tahunan CPI teras dan CPI antara Julai dan Ogos 2022,” kata ONS dalam laporannya.
Mata wang Sterling secara kasarnya tidak berubah berbanding US dolar selepas laporan dikeluarkan dan mula mengukuh sebanyak 0.75% kepada $1.1572.
U.K. telah dilanda krisis kos sara hidup yang buruk pada tahun ini apabila harga makanan dan tenaga melambung tinggi dan kenaikan gaji gagal seiring dengan inflasi, yang telah membawa kepada salah satu kejatuhan paling ketara.
Pada minggu lalu, Perdana Menteri Britain yang baharu Liz Truss mengumumkan pakej fiskal kecemasan mengehadkan bil tenaga isi rumah tahunan pada £2,500 ($2,881.90) untuk dua tahun akan datang, dengan jaminan setara untuk perniagaan dalam tempoh enam bulan akan datang.
Penganalisis menjangkakan langkah-langkah itu dianggarkan membebankan perbelanjaan awam sekitar £130 bilion. Langkah ini dipercayai dapat mengurangkan inflasi dalam jangka pendek.
Bank of England bersedia untuk mengumumkan keputusan dasar monetari terbaharunya pada Khamis depan selepas penangguhan akibat kematian Ratu Elizabeth II, dan secara meluas dijangka memilih kenaikan mendadak 75 mata asas kepada kadar faedah kerana ia kelihatan dapat mengekang inflasi.