Walaupun hampir seminggu lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat Nancy Pelosi telah berlalu, namun China masih lagi meneruskan latihan ketenteraan berskala besarnya di sekitar Taiwan pada hari Isnin.
Bagaimanapun, ancaman yang dilakukan oleh China dilihat semakin berkurangan apabila Komando Teater Timur tentera Beijing berkata ia akan mengamalkan latihan anti-kapal selam dan serbuan laut.
Pada Isnin, Taiwan berkata pesawat dan kapal China tidak memasuki perairan wilayahnya, yang menjangkau 12 batu nautika (22km; 14 batu) dari pantai, semasa latihan setakat ini.
China sebelum ini telah melaksanakan latihan sekitar pulau tersebut selama empat hari sebagai tindak balasnya terhadap lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan.
Ekoran daripada itu, Taiwan telah menuduh China menggunakan latihan ini sebagai amalan untuk pencerobohan ke atas pulau itu.
Sementara Amerika Syarikat, bersama-sama dengan Australia dan Jepun turut mengecam latihan itu, dengan mengatakan objektif mereka adalah untuk mengubah status quo di Selat Taiwan.